Nuffnang

Friday, 27 July 2012

Azhar & Fieza


Salam rakan pembaca..baru-baru ini satu majlis perkahwinan telah gua hadiri di Shah Alam iaitu majlis perkahwinan bagi pihak lelaki..ia adalah satu majlis yang dibuat secara sederhana dan amat ringkas sekali..majlis yang sangat meriah ini telah bertemakan warna emas dan juga sedikit warna putih..majlis ini juga telah diadakan didewan orang-ramai di Shah Alam..sepertimana yang kita ketahui,dewan orang-ramai adalah lebih mudah untuk mengadakan sesuatu majlis terutama sekali majlis perkahwinan berbanding di rumah..ikuti beberapa gambar yang gua ambil ketika berada disana..

Inilah dia Raja sehari..Azhar&Fieza..


Majlis ini diadakan tidak sepeti biasa oleh kerana pihak pengantin memilih untuk tidak bersanding..maka sejurus pengantin sampai mereka terus sahaja diarak naik keatas pentas untuk makan bersama ahli keluarga dari kedua belah pihak pasangan pengantin..

Sesi bergambar bersama ahli keluarga..ini adalah ahli keluarga dari pihak pengantin perempuan..

Ini pula adalah ahli keluarga dari pihak pengantin lelaki..manakala gambar sebelah adalah pintu masuk ke dalam dewan orang-ramai tersebut..

Suasana di dalam dewan makan..

Ini adalah gambar sekitar di luar dewan dimana menampakkan para hadirin yang telah hadir di majlis perkahwinan tersebut..