Nuffnang

Tuesday 31 July 2012

Bunga






 
Salam.Rakan-rakan pembaca sekalian...gua suka bunga..ade sesiapa yang suka bunga tak..?kepada yang minat fotografi dah tentu-tentulah suka bunga kan..haha..di sini gua kongsikan kepada pembaca semua diantara himpunan-himpunan gambar bunga yang gua shot sendiri sejak bermulanya kehidupan gua dengan bermain DSLR.

 Ini gua panggil Bunga Bintang Purple..nama saintifik gua tak tahu..hehe
 


Ade orang cakap yang ni Bunga Tahi Ayam...ye ke..gua tak pandai nama-nama bunga nih...

Bunga Mawar Merah

 Maaf yer yang ni gua memang tak tahu nama..macam taugeh pn ade kan..ye kot taugeh..


Sunday 29 July 2012

Makro



Salam.memakrokan belalang..hehe..belalang ni gua dapat masa kereta gua tengah repair kat bengkel..nasib masa tu gua bawak kamera pasal dah tahu dah mesti berejam gua kena tunggu punya..tengah duk lepak tiba belalang ni hinggap kat cermin depan kereta gua..ape lagi bergegas la gua sambar kamera..hehe..hasil tak seberapa nak jadi ni gua guna makro lens converter dan body flash jer..dalam cuaca yang panas terik dan keadaan yang kelam-kabut terhasil lah gegaran pada gambar dan pencahayaan yang sangat terang...


Makro



Salam.kepada rakan-rakan yang meminati bidang fotografi ini sudah tentu tidak akan terlepas dengan satu lagi cabang fotografi iaitu makro fotografi..makro fotografi ini adalah salah satu cabang minat yang terdapat di dalam dunia fotografi...makro fotografi ini juga adalah satu bidang dimana kita menangkap gambar dari jarak yang dekat..contoh seperti gambar diatas..jika mahu menceburi makro fotografi ini kita haruslah mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang terbaik..


Makro



Salam rakan-rakan..makro kedua gua adalah serangga ini..sorry gua tak tahu nama serangga ini..hehe..gambar ini gua cuba shot dari kedudukan yang lain pula..iaitu kedudukan face 2 face..untuk pengetahuan bagi yang baru nak berjinak dengan macro photography..penggunaan macro converter adalah kurang baik sedikit dari segi penghasilnya..jika sekadar ingin belajar bolehlah..hehe..

Makro



Salam rakan-rakan pembaca..posting terbaru gua kali ini ialah gambar makro..pertama sekali terus-terang gua katakan yang gua ni memang tak pandai bermain makro...hehehe..ini adalah yang pertama gua mencuba dalam bidang macro photography nih..agak boleh tahan jugak lah hasil nya...pada gua lah...hehe...apepun rakan-rakan pembaca semua nilai lah sendiri hasil gua nih yerr..tak baik manapun..hehe..orait..gambar di atas adalah hasil dari penggunaan kamera Nikon D5000 dan macro converter..gadget murah biasalah hasil pun murah lah...hehehe.


Friday 27 July 2012

Azhar & Fieza


Salam rakan pembaca..baru-baru ini satu majlis perkahwinan telah gua hadiri di Shah Alam iaitu majlis perkahwinan bagi pihak lelaki..ia adalah satu majlis yang dibuat secara sederhana dan amat ringkas sekali..majlis yang sangat meriah ini telah bertemakan warna emas dan juga sedikit warna putih..majlis ini juga telah diadakan didewan orang-ramai di Shah Alam..sepertimana yang kita ketahui,dewan orang-ramai adalah lebih mudah untuk mengadakan sesuatu majlis terutama sekali majlis perkahwinan berbanding di rumah..ikuti beberapa gambar yang gua ambil ketika berada disana..

Inilah dia Raja sehari..Azhar&Fieza..


Majlis ini diadakan tidak sepeti biasa oleh kerana pihak pengantin memilih untuk tidak bersanding..maka sejurus pengantin sampai mereka terus sahaja diarak naik keatas pentas untuk makan bersama ahli keluarga dari kedua belah pihak pasangan pengantin..

Sesi bergambar bersama ahli keluarga..ini adalah ahli keluarga dari pihak pengantin perempuan..

Ini pula adalah ahli keluarga dari pihak pengantin lelaki..manakala gambar sebelah adalah pintu masuk ke dalam dewan orang-ramai tersebut..

Suasana di dalam dewan makan..

Ini adalah gambar sekitar di luar dewan dimana menampakkan para hadirin yang telah hadir di majlis perkahwinan tersebut..

Wednesday 25 July 2012

Batu-Bata


Salam buat semua pembaca.kali ini gua nak share gambar batu-bata pulak..batu-bata seperti dalam gambar di bawah selalunya dilakukan dengan tujuan untuk memasak sekiranya tidak menggunakan dapur gas..apa yang menarik adalah susunan batu-bata tersebut..


Untuk gambar ini pula dari segi pengeditan yang gua buat tidaklah banyak cuma gua lebihkan sedikit ton warna pada batu-bata tersebut..manakala bagi bahagian lainnya pula gua telah turunkan sedikit ton warna agar batu-bata tersebut lebih terserlah...

Floria 2012, Putrajaya


Persembahan bunga api yang diadakan semasa berlangsungnya Festival Bunga & Taman (Floria 2012) di Putrajaya, Malaysia.Festival ini telah berlangsung selama lapan hari berturut-turut dimana setiap malam para pengunjung telah dipersembahkan dengan pancaran cahaya bunga api.Disini beberapa gambar yang sempat gua shot pada malam tersebut.










Tuesday 24 July 2012

Ahmad Faridzul & Nor Azian Anis


Set pelamin yg direka khas untuk majlis persandingan ini.

Set meja makan pengantin.

Setibanya pengantin sewaktu majlis persandingan di rumah pengantin lelaki.

Semasa majlis persandingan berlangsung.

Majlis persandingan.

Majlis persandingan.

Bacaan doa buat pengantin.

Ini pula adalah majlis yang diadakan pada waktu malam iaitu majlis memotong kek dan juga buka hadiah.

Majlis memotong kek.

Selesai memotong kek buka hadiah pula.

Hadiah kedua dan seterusnya.

Selesai sahaja majlis memotong kek dan buka hadiah, satu lagi acara telah diadakan iaitu cabutan bertuah dengan bertujuan untuk memeriahkan lagi di akhir majlis.