Nuffnang

Friday 30 August 2013

Suasana Hari Raya 2013



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada pengunjung blog Tinjau Tinjau yang menyambutnya...

Keluarga mertua

Keluarga abg ipar


Anak saudara dan juga isteri tersayang


Juga anak saudara dan isteri tersayang


Anak saudara


Keluarga bahagia....Ibu mertua serta ahli keluarga yang sedang bergurau senda


Sebahagian tetamu yang hadir..terdiri daripada saudara - mara dan jiran tetangga


Berehat sebentar setelah penat melayan tetamu


Adik - beradik sebelah ibu mertua


Wednesday 7 August 2013

Salam Aidilfitri




Salam Adilfitri buat semua pengunjung blog Tinjau Tinjau..terima kasih di atas sokongan yang diberi..sempena bulan yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan-rakan blog dan juga pengunjung - pengunjung blog Tinjau Tinjau..

Saturday 11 May 2013

Fotografi Jalanan


Salam para pengunjung blog Tinjau Tinjau..Fotografi jalanan adalah salah satu tema kegemaran gua..Di mana kita dapat melihat rencah kehidupan manusia di sekeliling kita..Di bawah adalah beberapa gambar yang dapat dikongsi bersama..





Fotografi Jalanan


Salam..sudah agak lama tidak berkongsi hasil karya TinjauTinjau..Di sini gua ingin berkongsi hasil karya yang bertemakan Street Night Photography..fotografi jalanan ini adalah satu pengalaman yang amat menarik, tidak kira di waktu malam mahupun siang kerana sambil kita mencari ilham kita juga dapat melihat gelagat-gelagat orang ramai...







Sunday 20 January 2013

Manipulasi



Salam rakan-rakan pengunjung blog Tinjau Tinjau..disini gua ingin berkongsi satu lagi gambar zoom effect ataupun zoom blur dengan cara manipulasi yang gua buat menggunakan photoscape..gambar pertama dibawah adalah gambar asal sebelum gua edit..manakala gambar yang kedua adalah gambar setelah gua edit menggunakan zoom blur..



Proses transformasi ini mudah sahaja sebenarnya jika rakan-rakan menggunakan photoscape ataupun editing software yang lain..cuma perlu edit gambar tersebut seperti biasa mengikut kehendak masing-masing..setelah itu barulah kita boleh memanipulasikan gambar ini secara zooming blur..melainkan jika rakan-rakan hasilkannya dengan menggunakan zoom lens secara manual..apepun ikut kemahiran dan kreativiti masing-masing..selamat mencuba...
Exif : NikonD5k|fl42mm|1/100s|f5.3|iso400


Saturday 19 January 2013

Lukisan



Percubaan merubah gambar asal ke lukisan pensil..inilah hasilnya..sebuah titian batu yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang luas..tempat yang tidak pernah gua jejaki dan tidak disangka-sangka sebenarnya tempat ini memiliki satu pemandangan yang sangat indah..


Dhia Dhiya & Baby D


 
Salam..gambar di atas ni ialah gambar adik bongsu gua dan yang dia tengah dukung tu pulak ialah anak saudara gua..masa ni gua pergi hantar mak dan family kakak gua kat LCCT..kakak gua bawa mak pergi bercuti di rumah mak mertua kakak di Tawau, Sabah.

Ok gambar yang ini anak saudara gua juga..tapi yang ini anak bongsu perempuan abang gua..comel kan..masa ni dia tengah makan kenduri kat kampung..makan nasi bersepah-sepah..hehe..namanya Mia..dia ni kalau dengan gua langsung tak nak..dukung kejap pun tak nak..tapi kalau gua pegang kamera..tak pandang ke lain dah asyik tengok kamera jer..pandai pula nak tangkap gambar..hehe.


Yamaha



Cuba teka apakah ini..senang sahaja..mangkuk enjin..hehe..tapi motor ape? ha..ini ialah mangkuk enjin motor Yamaha Virago 535..gambar ni gua ambil spontan jer masa tengah tunggu member sampai..lama sangat tunggu gua pun shot jer la beberapa parts yang ada pada motor ni..hehe..nasib owner motor ni xde..kalau tidak malu gua dibuatnya..hehehe..gambar ni gua buat black & white sebab nampak klasik sikit..
( Exif : NikonD5k|fl300mm|1/50s|f5.6 )


Buah Rambutan



Salam rakan-rakan..gambar putik rambutan yang tidak seberapa cantik dari gua..hehe..
( Exif : Nikon D5k|fl45mm|1/200s|f13|iso200 )