Nuffnang

Sunday 22 April 2012

Bayang-bayang




Bayang-bayang...
Bermain dengan bayang-bayang maksud gua shoot bayang-bayang..tak kisah la bayang ape pun..bayang diri kita sendiri ke, bayang pokok ke, bayang banggunan ke, agak best juga pasal kita leh buat macam-macam gaya..kalau bayang kita lah...boleh buat bayang duduk ke, berdiri ke, melompat pun boleh jugak...hehe..bayang-bayang adalah satu......pada gua yang simple ..pasal ape simple...pasal mudah jer kita nak shoot...duduk jer kat mana-mana contoh bawah lampu pastu dapat la bayang-bayang...ape pun perlu ade kreativiti untuk menghasilkan satu-satu gambar yang cantik...so bergantung kepada kreativiti rakan-rakan pembaca sekalian....selamat mencuba...



Air



Slow shutter...salah satu setting yang best untuk bermain dengan air dan ape jua pergerakkan...gambar ni gua shoot dengan pergerakkan naik sudu tersebut...maka terhasil lah bentuk air dan juga bayang-bayang sudu itu...editing menggunakan software photoscape dan picnik.com


Wednesday 18 April 2012

Saidatul Balqis dan Muhammad Ammar



Saidatul Balqis dan Muhammad Ammar..dia orang ni anak sedara gua...saje jer shoot dia orang...dia orang ni pun pantang kalau gua ambik kamera...muka dia orang berdua ni jer la yang ade..hehe..mengenai gambar ni gua cuma clear skin jer..yang lain original picture..khas gua buat untuk akak gua iaitu mak dia orang...gambar keluarga....
 
 
 

Tuesday 17 April 2012

Air




Air...
Apa pendapat rakan pembaca mengenai air...pada gua air ialah sesuatu yang mendahagakan...hehehe...nak bercakap pasal air ni panjang sangat kena buka buku la jawabnya..hehe..ok kali ini gua share pula gambar air..air ni dah dicampurkan dengan pewarna hijau..memang best ambil gambar air ni..sebab kita boleh buat macam-macam..contoh jatuhan air ke..titisan air ke..limpahan air ke dan macam-macam lagi la mengenai air...gambar ni susah nak ambik banyak kali cuba asyik tak jadi je..sampai terpaksa guna remote lah..mne tak nye tak ada pembantu..hehe..gambar ni pula gua cuba untuk menyerlahkan lagi warna hijau air tu dan shining air tersebut..nampak tak..cun tak de la tapi kira boleh la..hehe..kepada rakan pembaca semua yang bermain dengan kamera cuba lah....Air.


Monday 16 April 2012

Kayu api





Kayu api biasa kita dengar mengenainya..kayu yang digunakan untuk membakar atau kayu yang di bakar..masih ingatkah rakan pembaca dengan susunan kayu api sebagaimana gambar di bawah..untuk kita yang tinggal di bandar ni memang sukar untuk kita melihat susunan kayu api sebegini..susunan sebegini biasanya dilakukan oleh penduduk-penduduk di kampung sahaja..ape yang menariknya susunan ini adalah secara bersilang..menegak dan melintang..bak kata pepatah Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.....
Kesimpulannya....adakah rakan pembaca sekalian ingat akan kenangan bersama yang tersayang (Bonda) Mahupun keluarga di kampung..hehe..itulah yang gua ingatkan semasa gua mengedit gambar ni..mane tak nya dah lama tak balik kampung...hehe..



Okey...bercakap mengenai mengedit ni, gambar kayu api ni gua lebihkan kepada pencahayaan...di mana pencahayaan dapat menaikkan lagi ton warna dan juga pancaran sinaran matahari yang terdapat pada kayu api ni...memang menarik..dari segi sharpness pulak amat perlu kerana untuk kita memperlihatkan dengan jelas ukiran-ukiran kayu api tersebut...selamat mencuba.



Sunday 15 April 2012

Oren jus



Gambar ni gua ambil semasa pameran kereta terbaru Perodua yang diadakan di Putrajaya...kereta ini ialah dari model Perodua Alza..gua tertarik dengan kereta ini dimana kereta ini disarungkan dengan rim yang besar...iaitu bersaiz 255/35/18..memang terbaik...Di dalam proses pengeditan pula gua cuba menaikkan lagi warna oren pada rim ini...ternyata berkesan dengan warna yang menyerlah dan cantik ala-ala Trademark Honda Repsol jer...hehehe



Pergerakkan




Salam..Di dalam dunia photography ini pada saya pengeditan gambar amatlah perlu bagi menampakkan lagi hasil kualiti gambar yang kita ambil..contohnya dari segi ton warna,ketepatan gambar dan sebagainya...sebagai contoh gambar yang mempunyai pergerakkan..jika setting pada kamera yang digunakan tidak tepat, maka kita tidak akan dapat hasil yang baik..disini saya kongsikan gambar pergerakkan yang xseberapa cantiknye dari saya sebagai contoh...( exif : NikonD5k|fl195mm|1/200s|f5|iso200 )


Muhammad Ammar




Gambar ni gua cuma touch-up sikit je...untuk menampakkan tone color yang lebih menarik dan skin yang lebih sharp dari gambar asal...gua rasa macam ok kot gambar nih..kepada pembaca blog komen amat-amatlah diperlukan bagi meningkatkan lagi skil gua...banyak yang perlu diperbaiki lagi ni...



Muhammad Ammar




Salam..Dalam percubaan gua untuk mengedit gambar ni amat-amat lah lemah..mane tak nye baru nak belajar mwngeditlah katakan..hehe..gambar ni gua cuba buat jadi nampak macam kartun..jadi ke tak jadi nih..gua belasah jer..asal nampak sikit kartun orait kot..hehe..amacam ade berani...komen sikit....



Saturday 14 April 2012

Gerbang Malam


Jalan-jalan malam minggu di Bandaraya Ipoh,Perak Darul Ridzuan...Tempat yang paling best gua pergi ialah Uptown yang dikenali sebagai Gerbang Malam...Best kat situ sebab banyak barang yang kita leh dapat...macam biasa lah...Barang-barang nyer pulak sume yang mampu kita beli..Murah dan berpatutan..Baju,seluar,kasut,jam tangan,cermin mata dan macam-macam aksesori ade...fuhhh best...



Slogan Gerbang Malam...Singgah le..macam-macam ada...



Laluan masuk ke Gerbang Malam...lambat sampai parking penuh terpaksalah menapak jauh...hehe




Gerai yang menjual T-shirt dan jersi bola...




Gerai menjual jam tangan dan kasut bundle pun ade...




Gerai menjual jam tangan kanak-kanak serta kasut..dimana terdapat pelbagai jenama kasut di gerai ini...kualiti kasut terbaik...




Juga terdapat gerai yang hanya menjual selipar sahaja...macam-macam pattern dan design ade...Crocs gergasi pn ade...besar tuu..hehehe





Gerai-gerai lain yang turut terdapat di Gerbang Malam...




Ini adalah antara gerai yang terakhir gua pergi iaitu gerai menjual cermin mata dan juga peniaga buah berangan..memang sedap buah berangan ni.....