Nuffnang

Wednesday 15 August 2012

Sunset



Salam rakan pembaca..satu ketika berada di pantai berbatu Tanjung Piandang,Perak Darul Ridzuan,Malaysia..sekali lagi gua keseorangan..hehehe..boring tak de buat ape kat rumah..bawa kamera terus gerak pergi kat tempat ni..best kalau lepak petang-petang kat sini pasal kita boleh tengok ramai pengunjung yang suka lepak-lepak setiap hujung minggu..kalau pemancing pulak hari-hari ade..malam pun ade..gambar ni sunset sebenarnya..saje gua edit skit bagi nampak lain..hehe.. :-)


Sunset




Salam..satu hari di satu tempat dimana terdapatnya kawasan pantai...gua keluar jalan-jalan cari suasana sunset..keluar sorang diri ni biasalah tak syok..macam orang bisu..shot pun jadi tak jadi je..tapi petang tu cuaca agak cantik..walaupun gua sorang jer kat situ masa tu ingat boleh la shot gile-gile tapi mood tak best so tak banyak gambar yang dapat...ini jer yang ok sikit gua rasa untuk dikongsi bersama... :-)


Tuesday 14 August 2012

Makro


Salam rakan pembaca..makro lagi..makro lagi..hehe..kali ni gua shot serangga terbang dan labah-labah...gambar ni adalah diantara gambar masa mula-mula gua berkecimpung dalam dunia makro nih..stok lama..sebab sekarang gua dah slow main makro..gambar ni gua cuma guna macro lens converter je..hasil biasa-biasa je lah..sekadar berkongsi ape yang gua tinjau (tinjau tinjau)..exif bagi setiap gambar-gambar ni ade gua sertakan sekali pada gambar di bawah... :-)

Nikon D5k | fl55mm | 1/30s | f5.6 | iso200 | Nikon SB700
 

Nikon D5k | fl55mm | 1/30s | f5.6 | iso280 | Nikon SB700

Nikon D5k | fl55mm | 1/200s | f5.6 | iso200 | Nikon SB700

Thursday 9 August 2012

Hitam&Putih

Salam.kali ini gua nak share gambar B&W pulak lah..kadang-kadang best gak layan B&W ni..sebab cantik..

 Ini adalah gambar anak saudara gua yang dah di B&W kan.. 
 Masjid Putra, Putrajaya

 Pemandangan di salah sebuah kampung nelayan ..

 
 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin a.k.a Masjid Besi di Putrajaya



Anak saudara gua..Muhammad Ammar
 
Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat,Bangunan Kementerian  Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, dan Bangunan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan

Putrajaya


 Salam rakan-rakan pembaca.semua mesti tahu akan Putrajaya kan.Putrajaya adalah satu kawasan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang terbaru sekali dibina di Malaysia.Pada asalnya kawasan ini adalah kawasan ladang kelapa sawit yang amat luas..Kini telah di wujudkan Kawasan Pentadbiran Kerajaan dengan pelbagai bangunan-bangunan kerajaan terdapat disini..Putrajaya juga tidak lari dengan mewujudkan kawasan-kawasan yang menarik seperti Taman Tasik Empangan seperti gambar dibawah,Taman Wetland,Tasik Cruise,Taman Botani,Pullman dan banyak lagi lah..kepada yang belum pernah lagi ke sini,cepat-cepatlah datang ke Putrajaya.... :-)



  




Wednesday 8 August 2012

Bunga


Salam rakan pembaca..sebelum ini pada gua bunga adalah sejenis tumbuhan yang cantik dan mempunyai pelbagai jenis dan warna sahaja..tetapi sebenarnya bunga adalah satu tumbuhan yang bukan sahaja cantik, malah jika kita lihat dengan lebih mendalam bunga mempunyai satu bentuk ciptaan yang unik yang selama ini mungkin kita tidak perasan akan ciptaan tersebut..haha..kalau rakan-rakan tak percaya cuba guna lens macro cari bunga lepas tu shot lah..di bawah adalah beberapa himpunan gambar-gambar bunga susulan daripada gambar bunga yang telah gua kongsikan sebelum ini... :-)

  Dua contoh bunga yang gua macro...hehehe