Nuffnang

Monday 24 December 2012

Bokeh



Salam..satu lagi kegemaran apabila berkamera ialah bermain bokeh...bagi gambar diatas gua menggunakan prime lens iaitu Nikon 50mm f1.8..dimana lens ini adalah yang terbaik untuk bermain bokeh..kekaburan di belakang gambar yang terhasil adalah yang amat terbaik..
( exif : Nikon D90 | fl50mm | 1/250s | f2.8 | iso200 )


Garisan


Salam rakan pengunjung blog Tinjau Tinjau..perkongsian kali adalah bertemakan GarisanBlack & White)..gambar ni sebenarnya adalah ruang udara kat pintu stor rumah gua..secara kebetulan sahaja gambar ni...bosan tak tahu nak buat apa gua cuba try test dan buat satu tema..



Gambar bawah ni pula sama juga bertemakan Garisan ( Black & White )..tapi yang ini gambar tikar ( tikar buluh )


Monday 17 December 2012

Rumah Semut



Salam rakan-rakan sekalian..perkongsian Tinjau Tinjau kali ini adalah rumah semut..rumah semut ini terletak di dahan pokok..tapi dahan yang rendah la..kalau tinggi tak dapat la..hehe..gua terserempak dengan rumah semut ini apabila tengah sibuk bermakro..agak susah juga nak bermakro pada masa itu sebab cuaca yang agak panas..yang menarik pada rumah semut ini ialah bentuknya dan kombinasi warna pada rumah semut dan pada dahan pokok tersebut.. :-)

Dedaun

Salam rakan-rakan sekalian..setiap kali gua pulang ke kampung memang soronok sangat..ape tak nya setiap hari gua boleh shoot pelbagai jenis bunga..kalau nak Macro Spyder tu pula memang senang sangat-sangat  la..sebab Ibu gua sebenarnya gemar dengan bunga...pelbagai jenis tanaman bunga yang beliau tanam di sekeliling halaman rumah..

Gambar (tepi kiri) ini adalah salah satu pokok bunga tanaman Ibu gua..tapi gua tak tahu pula nak sebut apa sebab selalu sebut pokok bunga tapi tak ada bunga pun..daun je penuh..hehe..gua pun lupa nak tanya Ibu gua apa namanya..gambar ni adalah kelopak bunga (pandangan dari atas) pada awal penumbuhan ia seakan seperti bergulung-gulung dan apabila matang ia akan mengeluarkan kelopak yang cantik dan berkilat..


Gambar (tepi kanan) ini pula adalah susulan daripada gambar di atas..gambar ini menunjukkan daun tersebut telah hampir matang tahap penumbuhannya..yang menarik perhatian gua pada daun ini adalah terdapatnya sarang Spyder dan mangsanya yang masih ada pada pucuk daun ini..sampai dah naik reput mangsa tu..agaknya terlupa nak makan kot..hehe..satu lagi yang menarik pada daun ini adalah lengkukkan kelopak daunnya yang menarik dan berkilau apabila terkena pancaran cahaya matahari mahupun cahaya lampu..warna hijau daunnya juga cantik serta sejuk mata memandang..apa yang dimaklumkan kepada gua oleh rakan gua bahawa...jika kita sapukan minyak losyen (Baby Oil) pada daun ini..ia akan lebih berkilat dari asal..gua dah cuba memang berkilat.. :-)

Thursday 13 December 2012

Refleksi



Salam rakan-rakan pembaca..gua nak kongsikan antara hasil karya gua sendiri iaitu karya yang bertemakan reflection..reflection ini adalah yang terhasil daripada pencahayaan yang gua buat..alat yang gua gunakan untuk penghasilan reflection ini adalah yoyo yang berwarna merah (transparent) dan juga telefon bimbit yang mempunyai lampu suluh..dalam berkeadaan bilik yang amat gelap maka proses pencahayaan dilakukan..tegakkan yoyo kemudian aktifkan lampu suluh telefon bimbit tersebut kemudian letakkan di bahagian belakang yoyo yang tegak tadi..maka terhasil lah reflection..dari segi pengeditan gambar pula tidak banyak yang gua buat cuma tingggikan sedikit tone warna itu sahaja..selamat mencuba..

Monday 10 December 2012

Makro



Salam rakan-rakan pembaca sekalian...apakah kelebihan yang kita dapat daripada bermain gambar makro..sebenarnya yang paling tepat sekali adalah kita dapat mengetahui dan melihat keunikan-keunikan ciptaan Allah S.W.T dari jarak yang amat dekat..itupun jika kita menggunakan macro lens..sepertimana diri gua sendiri pada mulanya...setelah mencuba di dalam dunia macro ini barulah gua sedar dan kagum bahawa apa yang gua tidak pernah lihat selama ini..kini gua boleh melihatnya walaupun hanya menggunakan macro lens converter.