Nuffnang

Sunday 25 September 2011

Autoshow

Salam..buat pembaca-pembaca blog gua.....Disini gua ade buat satu slideshow video berkenaan dengan Autoshow untuk tatapan korang sume..Pertandingan Autoshow ni berlangsung bersempena dengan  Karnival Usahawan Desa 1Malaysia Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang berlangsung di Putrajaya pada 21-25 September 2011.




Ha..nak citer sikit pasal Karnival nih..Selain dari Autoshow ni..banyak gak acara-acara yang diadakan termasuklah pameran-pameran dari kalangan usahawan-usahawan desa ni terutamanya..Penjualan dari segi Pakaian Batik,Kraftangan serta Makanan yang dihasilkan sendiri oleh usahawan-usahawan desa ni juga turut terdapat di karnival ni..yang paling best nak tahu....ramai Artis-artis datang...hahaha.....daa....Selamat menonton.......

Saturday 17 September 2011

Jamuan Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..kepada para blogger..pembaca blog dan rakan-rakan yg support blog gua nih..Baru-baru ni Kelab gua ade buat satu jamuan Hari Raya..sambutan dari rakan-rakan juga memang terbaik...Ok dah namanye jamuan Hari Raya so gua nak kongsi lah sikit menu yang disediakan oleh ahli Kelab ni sendiri..kat sini gua ade post beberapa gambar menu untuk tatapan korang.... 



Menu utama ni tak perlulah nk kenalkan lg....favourite gua gak nih...Lemang..tapi paling gua suka ialah Lemang Jagung..kalau di kampung...mak gua mesti buat Lemang bila Hari Raya..termasuklah lemang jagung yang gua cakapkan tadi..pastu lemang pulut hitam..ha..pasti korang tak biasa makan kan..haha..untuk jamuan Hari Raya Kelab yang lepas ni cuma lemang biasa je ade..lemang pulut putih tu...tak de jagung..tak de pulut hitam..ialah kan mana nak dapat kat sini....hehehe.


Nasi Impit...Zaman sekarang nih kebanyakkan jamuan Hari Raya ramai yang akan menggunakan Nasi Impit sebagai pengganti Ketupat untuk menu utama..mungkin sekarang nih Nasi Impit lebih senang nak dapat..macam-macam jenama ade..masak pun senang..dalam pek jer..buka pek terus jer masak..hehe..kalau xde nasi impit nih..bkn jamuan Hari Raya namanye...hehehe.



Rendang Daging campur Paru..haha..terbaik derr..mane nak dapat..selalunya kita tengok rendang daging ataupun rendang ayam..tapi untuk jamuan Hari Raya kali ni dan juga atas permintaan rakan-rakan rendang ni dibuat campur iaitu Daging dan Paru..so nampaklah special skit..lain dari yang lain...sedap..memang sedap..pasal gua suka paru...huhuhu.



Ha....ni yang paling gua suka ni..Rendang Ayam Minang...Rendang Ayam Minang ni dimasak oleh salah seorang Ahli Kelab ni gak..Memang sedap..susah nak dapat nih....



Wahh..favourite gua nih..Satey..salah satu menu wajib bagi Ahli Kelab setiap kali jamuan diadakan..Satey ni jugak adalah hidangan yang paling mendapat sambutan...habis tu derr..gua pn dpt makan sikit jer...sampai hati lu orang..mentang-mentanglah gua photografer untuk jamuan nih..xdpt nk makan dulu..last dapat kuah jer..



 Timun dan Sambal ini untuk dimakan bersama Satey..Sambal akan dicampurkan ke dalam kuah Satey iaitu kuah kacang..Timun lak sebagai pencuci mulut bagi hidangan Satey ini.


  

Sebagai pencuci mulut untuk jamuan kali ni Ahli Kelab memilih buah Limau Sunkist dan juga buah Anggur..Teramatlah manis pencuci mulut nih.....terliur gua beb...ape pun cun kan gua edit...haha


Saturday 10 September 2011

Persandingan




Pengantin lelaki (Gmie Wave) sedang memakaikan rantai leher kepada pengantin perempuan ( Aslina Ahmad) pada majlis persandingan di rumah pengantin perempuan.

Friday 9 September 2011

Persandingan



Ini adalah di antara koleksi gambar persandingan Gmie Wave dan Aslina Ahmad...Mereka telah juga telah memilih warna merah dan putih sebagai  warna tema di hari persandingaan mereka

Cincin



03.09.2011...Majlis sarung cincin di hari persandingan Gmie Wave...juga dikenali sebagai Dato' dikalangan member2...ekekekekek...ape pun tahniah dan selamat pengantin baru bt Gmie Wave (Dato')